Simptom-simptom yang berlaku adalah:-
- Gusi si manja terasa sakit atau bengkak
- Akan timbul kemerah-merahan di pipi si manja anda
- Tanpa anda sedari juga akan terdapat perubahan pada sistem pencernaan usus
- Ruam lampin akan sentiasa berlaku
- Si manja akan sentiasa terjaga dari tidur di waktu malam
- Terdapat ruam pada muka dan dagunya
- Sentiasa ingin menggigit alat permainan dan jarinya sendiri.
Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan bagi mengurangkan ketidakselesaan si manja anda:-
- Buah-buahan
- Gel
- Perhatian
- Penjagaan gigi bayi.
Picit sedikit ubat gigi tersebut ke atas sehelai kain kasa dan gosok secara putaran dengan lembut. Sentiasa pastikan hanya sedikit sahaja ubat gigi yang digunakan bagi si manja anda tertelan dalam kuantiti yang banyak.
Apabila gigi si manja telah tumbuh dengan banyak, maka anda gunakanlah berus khas untuk bayi yang bertekstur lembut dan gosok dua kali sehari. Jika si manja anda mahu, biarkan sahaja dia mengunyah berus gigi tersebut supaya dia terbiasa dengan sesuatu yang bukan berbentuk makanan di dalam mulutnya!
Sediakan segelas air untuk si manja anda berkumur (jika dia mahu).
kisah si Aqil pulak..
Biasanya budak dah 6 bulan baru tumbuh gigi, sama laaa Aqil pun, baru je 3 bulan, tiada gigi lagi, tapi rajin betul menggigit guna gusi dia tu. Asal letak kat bahu je, dikokak laaa bahu bapak dia, basah je baju tang bahu tu.. Adoyai Aqil ni pun.. hehehe
No comments:
Post a Comment