Thursday, 8 December 2011

Delivery




Hari raya kedua, mak si Aqil ni mengadu sakit perut dalam pukul 11.30pm, kelam kabut la daripada Bentong ke KL. Nasib baiklah dekat je, bila sampai je tol Gombak, tiba-tiba si Zulie ni dah tak sakit perut pulak, musim raya ni, mana nak cari makan ape bagai.. dalam pukul 1am, singgah kat Om Burger, mentekedarah kejap. Lapar kan.. hehehe. So ingatkan false alarm laa.. Around 5am, Zulie mengadu sakit perut lagi, bergegaslah ke Hospital Tawakkal, duduk lah bertapa kat labour room tu.. Doktor cek punye cek, belum terbuka lagi.. masa tu hari Rabu, so lepas fikir2, duduklah kat wad malam tu and Doktor ckp Jumaat nak tanak kene bersalin, tah ape mende die buat, xpaham laaa sgt.. so pada Jumaat pagi, dalam 8am, masuk balik labour room, tunggu punya tunggu, x jugak bersalin si Zulie ni.. At 1, sebelum pergi sembahyang Jumaat tu, barulah die mengadu sakit and everything, bila nurse check, tiba-tiba diorang cakap heartbeat baby sgt slow, masuklah tiub oksigen pulak kat my wife, paniklah jugak kejap. At that time, Doktor pergi sembahyang Jumaat, aku tgh kalut tu, kire daruratlah kot.. Then luckily ada senior nurse datang, lepas diorang check, actually bukan jantung baby slow, tp baby dah turun separuh, ready nak keluar sebab tu lah mende tu tak dapat detect heartbeat Aqil. Alhamdulillah, lega.. Disebabkan nurse2 yang ada semua tak bertauliah untuk deliver baby tu, kene laaa tunggu Doktor tu, boleh tahan jugak lama laa, Zulie dah mcm ayam berak kapur dah, abes tgn aku dicakarnya.. aku pun seram sejuk jugak tgk dia, berpeluh, kesian. Nanti if lelaki-lelaki bakal bapa semua ni, ada peluang, tgk.. Duduk and tgk keadaan dalam labour room, tgk mcm mana susah wanita-wanita melahirkan anak kita. Baru boleh faham, so takdelah anak tu nak didera, dibuli, barulah isteri kita lebih dihargai.. Around 2.30pm, barulah Doktor sampai, rileks je sengih, die tak tau ke aku dah separuh mati tgk Zulie ni mengerang, jantung dah mcm lari 400m ni.. Then aku pun samar-samar je ape jadi, If cerita details sgt nanti ada yg tak nak bersalin normal plak, so Doktor lepas deliver baby tu, die potong tali pusat, dgn Aqil yg masih penuh darah, die pass kat aku suh tgk. First time pegang baby, and he is my son. Aku tunjukkan kat Zulie, die senyum, lepas tu baru nurse ambik and buat measurement semua.. The whole thing ada video! Tapi untuk kitorang je laa tgk. Nak nanti korang semua kene kahwin, buat sendiri okay. hehehe. Gambar atas tu betul-betul lepas lahir, mcm tu lah rupa Aqil masa baru lahir, lepas dah timbang, dah ukur, aku azankan kat telinga Aqil.. Then apa lagi, update status FB, Twitter, BBM, hahahahaha satu dunia lah tahu. Maka sampailah kawan-kawan, saudara-mara dan opah Aqil.. Nak cari makan musim raya bukan senang, nasib baik ada sahabat, Afiq Nizam membekalkan makanan kat aku n Zulie. Makanan hospital mana lalu nak telan hari-hari kan.. hehehe..

Muhamad Adrian Aqil bin Mohd Adib, selamat dilahirkan pada 2.30pm, 2/9/1011 dengan berai 3.1kg. Sihat dan suka main air liur, sampai sekarang pun dia suka main air liur dan semakin sihat!  

Believe me, after all the trouble you've been through, when you see your son's smile, you will be happy and those trouble seems to fade away..

No comments:

Post a Comment