BERALIH BULAN (GS)
Beralih bulan atau Growth Spurts (GS) akan terjadi kepada sesetengah bayi. Ada yang akan mengalami demam, batuk, hilang selera makan dan sebagainya. Ada yang terjadi mengikut masa tertentu ( cthnya 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 9 bulan). Walaupun dikatakan berlaku kepada bayi di bawah 1 tahun, namun kejadian beralih bulan ini masih berlaku kepada bayi yang lebih daripada 1 tahun. Malah tidak keterlaluan andai dikatakan masih berlaku pada mereka di peringkat remaja.
APA TANDA BERLAKUNYA GS?
- demam/batuk/selsema
- hilang selera makan/muntah
- Ada bayi yang jadi lebih aktif atau lebih bersikap 'fussy'
- Bayi lebih kerap merengek / manja (anak saya le tu...)
- ada bayi yang lebih minum susu.
ramai ibu menyangkakan bayinya tidak cukup susu, namun ini hanyalah gejala, dan yakinlah susu ibu akan mencukupkan keperluan bayi itu.. (jangan pula diberi makanan tambahan bagi bayi di bawah 6 bulan). - pertumbuhan pesat bayi
ada bayi yang selepas GS berlalu, akan memperoleh 'skill' baru utk dirinya, spt, merangkak, duduk, berdiri atau berjalan. (pernah terjadi anak kesayanganku boleh buat 3 perkara selepas GS - menjulur, duduk & persediaan berdiri/berpaut...)
JANGKA MASA BERLAKUNYA GS
Berbeza bagi setiap bayi yang mengalaminya, ada hanya 2-3 hari,malah ada juga sehingga 2-3 minggu.
APA YANG BOLEH DIBUAT?
- Kaedah orang lama (ni kena tanya atuk/nenek/mak ayah sendiri)
- Awasi anak anda lebih dari biasa
Jika anak anda demam, awasi spy demam tidak berlanjutan/terlalu tinggi suhunya.
Ada baby lebih aktif, awasi spy aktivitinya tidak memudaratkan dirinya sendiri. - Berikan apa jua makanan yang difikirkan perlu untuk anak anda, jika bayi inginkannya. Lebih baik beri makanan yang disukainya daripada bayi tidak makan langsung..
- Bagi bayi berusia kurang dari 6 bulan, jangan risau, tidak perlu menambah makanan tambahan/ susu formula, kerana anda perlu percaya susu anda mencukupi bagi bayi anda.
source: http://fiezaradzi.blogspot.com/2009/08/beralih-bulan-growth-snypurts.html
No comments:
Post a Comment