Saturday, 17 December 2011

Cirit-birit di kalangan bayi.


Dah masuk 3 hari Adrian Aqil ni cirit-birit, kesian, merah bontot sebab asyik berak je. Doktor nasihatkan tukar susu, rebus botol susu tiap kali lepas pakai dan bagi ubat. Ada dua jenis ubat, satu colic acid, satu lagi air garam tu.. Tiap kali belasah susu je mesti cirit, cair, sikit je keluar pun.. Tapi bila cuci memang menjeritlah anak kami sebab bontot die melecet teruk, merah macam udang goreng rupenyer.. ni serba sedikit pasal cirit birit ni.. semoga Aqil cepat sembuh!


Pengenalan
Cirit-birit biasa berlaku pada kanak-kanak. Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa
menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.

Apakah Diarrhea?
Diarrhoea adalah satu keadaan dimana saluran najis menjadi longgar dan najis berair. Najis
akan keluar lebih kerap daripada biasa.
• Diarrhea akut – terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu
• Diarrhea teruk (kronik) – berterusan hingga lebih dua minggu.

Apakah penyebab diarrhea?
Biasanya diarrhea disebabkan oleh jangkitan pada usus disebabkan oleh makanan atau air
yang tercemar. Ia juga boleh disebabkan bukan kerana jangkitan tetapi ini sangat jarang
berlaku.

Sebab-sebab jangkitan:
Tranmisi biasanya berlaku daripada individu kepada individu yang lain
• Bakteria
• contoh.; Shigella, Campylobacter, Escherichia coli
• Virus
• contoh; Norwalk virus, Rotavirus
• Parasit
• contoh;. Giardia lambdia, Entamoeba histolytica

Bukan sebab-sebab jangkitan
• Toleransi kepada makanan – tiada toleransi terhadaplaktosa
• Reaksi ubat-ubatan
• anti-biotik tertentu
• Penyakit berkaitan usus – inflammatory bowel disease, sejenis penyakit yang mana
tidak mampu untuk menghadamkan lemak.
• Functional bowel disease (Penyakit fungsi usus) – irritable bowel syndrome (sindrom
radang usus)

Apakah tanda-tanda dan simptom Diarrhoea?
• Perut rasa memulas lebih kerap
• Cirit-birit
• Mual dan muntah-muntah
• Demam
• Hilang selera makan
• Sakit perut/kejang
• Kembung perut
Kanak-kanak mungkin kelihatan normal atau mungkin ada tanda-tanda dihidrasi.

Bagaimana mengenal dihidrasi?

Dihidrasi ringan dan sederhana
• Mulut dan lidah kering
• Bibir merekah
• Tiada atau hanya sedikit sahaja air mata jika menangis
• Gelisah
• Tidak kencing sehingga 4-6 jam
• Ubun-ubun kepala bayi tenggelam

Dihidrasi teruk (kronik)
Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda berikut :
• Kulit kering dan berkedut
• Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif
• Enggan makan
• Mata cengkung
• Sukar bernafas
• Nadi yang lemah dan cepat
• Tangan dan kaki terasa sangat sejuk

Apakah tanda-tanda yang bahaya yang perlu diberi perhatian?

Dapatkan rawatan dengan cepat sekiranya anak anda ada tanda-tanda ini :
• Tanda-tanda dihidrasi
• Darah pada najis atau najis bewarna hitam
• Cirit-birit yang berterusan hingga lebih 48 jam
• Hilang berat badan
• Mengantuk dan kelihatan lali
• Demam > 38 darjah selsius
• Enggan makan

Kesan komplikasi diarrhoea yang teruk?
• Organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal
• Jangkitan Sistemic (systemic infection)
• Tiada toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder (Secondary lactose intolerance)
• Rasa sakit disekeliling kawasan dubur

Bagaimana mengurus kanak-kanak yang mendapat diarrhea?

Rehidrasi
Penting untuk menggantikan air dalam badan yang hilang. Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi minum air garam rehidrasi (ORS). Sekiranya bayi tidak menyusu badan – teruskan memberi bayi makan makanan biasa dan minum air garam rehidrasi ORS (Oral rehydration salt) garam oral rehidrasi
Jumlah cecair ORS (garam rehidrasi) yang perlu diberikan : ( Gunakan sudu atau picagari kecil)
Umur bayi 6 bulan ke bawah = 30 hingga 90mls setiap jam
Umur 6 bulan hingga 1 tahun = 90 hingga 120mls setiap jam
Umur atas 1 tahun = 120 hingga 240 mls setiap jam

Fasa pemulihan
• Apabila keadaan anak bertambah baik teruskan dengan memberi ORS solution dan susu badan. Dengan perlahan tambahkan jumlahnya untuk mengembalikan selera anak tersebut.
• Makanan biasa boleh dimulakan selepas 24 hingga 48 jam jika anak itu mula pulih.
• Keadaan najis akan kembali normal selepas 7 hari menjalani diarrhea.

Susu
• Elakkan daripada menukar susu formula sesuka hati
• Dapatkan nasihat doktor jika anda dapati susu formula yang anda berikan tidak sesuai untuk anak anda.

Perubatan
Perubatan untuk menghentikan Diarrhea-hendaklah dielakkan kerana :
• Tidak selamat untuk bayi dan anak
• Daya tahan melawan jangkitan akan terganggu

Anti-biotik
• Secara umumnya tidak perlu –dapatkan nasihat doktor

Krim-krim semasa
• Krim seperti jeli petrolium dan zink oksida boleh membantu melegakan kesakitan bahagian punggung bayi yang sakit.

Rawatan untuk Diarrhoea kronik
• Siasatan dan penilaian terperinci perlu dilakukan sebelum menentukan rawatan yang khusus untuk kes-kes diarrhea yang teruk,

Bagaimana Diarrhoea boleh dicegah daripada kanak-kanak?
• Minum air yang dimasak
• Elak makanan yang mentah kecuali disediakan oleh anda sendiri dengan bersih.
• Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan, pergi ke tandas, menukar lampin dan sebelum memegang makanan.
• Buang lampin pakai buang dengan betul

No comments:

Post a Comment