Thursday, 22 December 2011

Maksud Adrian Aqil

Yang baik budi, bijaksana, dapat dipercaya, pintar

http://name.crazyartzone.com/index.asp?cat=Cari&key=Adrian%20Aqil 

hehehehe jgm jeles!~



Saturday, 17 December 2011

Cirit-birit di kalangan bayi.


Dah masuk 3 hari Adrian Aqil ni cirit-birit, kesian, merah bontot sebab asyik berak je. Doktor nasihatkan tukar susu, rebus botol susu tiap kali lepas pakai dan bagi ubat. Ada dua jenis ubat, satu colic acid, satu lagi air garam tu.. Tiap kali belasah susu je mesti cirit, cair, sikit je keluar pun.. Tapi bila cuci memang menjeritlah anak kami sebab bontot die melecet teruk, merah macam udang goreng rupenyer.. ni serba sedikit pasal cirit birit ni.. semoga Aqil cepat sembuh!


Pengenalan
Cirit-birit biasa berlaku pada kanak-kanak. Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa
menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.

Apakah Diarrhea?
Diarrhoea adalah satu keadaan dimana saluran najis menjadi longgar dan najis berair. Najis
akan keluar lebih kerap daripada biasa.
• Diarrhea akut – terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu
• Diarrhea teruk (kronik) – berterusan hingga lebih dua minggu.

Apakah penyebab diarrhea?
Biasanya diarrhea disebabkan oleh jangkitan pada usus disebabkan oleh makanan atau air
yang tercemar. Ia juga boleh disebabkan bukan kerana jangkitan tetapi ini sangat jarang
berlaku.

Sebab-sebab jangkitan:
Tranmisi biasanya berlaku daripada individu kepada individu yang lain
• Bakteria
• contoh.; Shigella, Campylobacter, Escherichia coli
• Virus
• contoh; Norwalk virus, Rotavirus
• Parasit
• contoh;. Giardia lambdia, Entamoeba histolytica

Bukan sebab-sebab jangkitan
• Toleransi kepada makanan – tiada toleransi terhadaplaktosa
• Reaksi ubat-ubatan
• anti-biotik tertentu
• Penyakit berkaitan usus – inflammatory bowel disease, sejenis penyakit yang mana
tidak mampu untuk menghadamkan lemak.
• Functional bowel disease (Penyakit fungsi usus) – irritable bowel syndrome (sindrom
radang usus)

Apakah tanda-tanda dan simptom Diarrhoea?
• Perut rasa memulas lebih kerap
• Cirit-birit
• Mual dan muntah-muntah
• Demam
• Hilang selera makan
• Sakit perut/kejang
• Kembung perut
Kanak-kanak mungkin kelihatan normal atau mungkin ada tanda-tanda dihidrasi.

Bagaimana mengenal dihidrasi?

Dihidrasi ringan dan sederhana
• Mulut dan lidah kering
• Bibir merekah
• Tiada atau hanya sedikit sahaja air mata jika menangis
• Gelisah
• Tidak kencing sehingga 4-6 jam
• Ubun-ubun kepala bayi tenggelam

Dihidrasi teruk (kronik)
Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda berikut :
• Kulit kering dan berkedut
• Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif
• Enggan makan
• Mata cengkung
• Sukar bernafas
• Nadi yang lemah dan cepat
• Tangan dan kaki terasa sangat sejuk

Apakah tanda-tanda yang bahaya yang perlu diberi perhatian?

Dapatkan rawatan dengan cepat sekiranya anak anda ada tanda-tanda ini :
• Tanda-tanda dihidrasi
• Darah pada najis atau najis bewarna hitam
• Cirit-birit yang berterusan hingga lebih 48 jam
• Hilang berat badan
• Mengantuk dan kelihatan lali
• Demam > 38 darjah selsius
• Enggan makan

Kesan komplikasi diarrhoea yang teruk?
• Organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal
• Jangkitan Sistemic (systemic infection)
• Tiada toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder (Secondary lactose intolerance)
• Rasa sakit disekeliling kawasan dubur

Bagaimana mengurus kanak-kanak yang mendapat diarrhea?

Rehidrasi
Penting untuk menggantikan air dalam badan yang hilang. Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi minum air garam rehidrasi (ORS). Sekiranya bayi tidak menyusu badan – teruskan memberi bayi makan makanan biasa dan minum air garam rehidrasi ORS (Oral rehydration salt) garam oral rehidrasi
Jumlah cecair ORS (garam rehidrasi) yang perlu diberikan : ( Gunakan sudu atau picagari kecil)
Umur bayi 6 bulan ke bawah = 30 hingga 90mls setiap jam
Umur 6 bulan hingga 1 tahun = 90 hingga 120mls setiap jam
Umur atas 1 tahun = 120 hingga 240 mls setiap jam

Fasa pemulihan
• Apabila keadaan anak bertambah baik teruskan dengan memberi ORS solution dan susu badan. Dengan perlahan tambahkan jumlahnya untuk mengembalikan selera anak tersebut.
• Makanan biasa boleh dimulakan selepas 24 hingga 48 jam jika anak itu mula pulih.
• Keadaan najis akan kembali normal selepas 7 hari menjalani diarrhea.

Susu
• Elakkan daripada menukar susu formula sesuka hati
• Dapatkan nasihat doktor jika anda dapati susu formula yang anda berikan tidak sesuai untuk anak anda.

Perubatan
Perubatan untuk menghentikan Diarrhea-hendaklah dielakkan kerana :
• Tidak selamat untuk bayi dan anak
• Daya tahan melawan jangkitan akan terganggu

Anti-biotik
• Secara umumnya tidak perlu –dapatkan nasihat doktor

Krim-krim semasa
• Krim seperti jeli petrolium dan zink oksida boleh membantu melegakan kesakitan bahagian punggung bayi yang sakit.

Rawatan untuk Diarrhoea kronik
• Siasatan dan penilaian terperinci perlu dilakukan sebelum menentukan rawatan yang khusus untuk kes-kes diarrhea yang teruk,

Bagaimana Diarrhoea boleh dicegah daripada kanak-kanak?
• Minum air yang dimasak
• Elak makanan yang mentah kecuali disediakan oleh anda sendiri dengan bersih.
• Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan, pergi ke tandas, menukar lampin dan sebelum memegang makanan.
• Buang lampin pakai buang dengan betul

Thursday, 15 December 2011

Bagaimana menyediakan makanan bayi

Apabila bayi anda mula mengambil makanan pejal, anda perlu berhati-hati tentang kebersihan. Sistem imunisasi bayi masih belum sempurna, tidak seperti orang dewasa dan perut mereka mudah diserang kuman dan jangkitan. Tip-tip ini akan membantu.

• Basuh tangan anda dengan bersih sebelum anda menyediakan sebarang hidangan untuk bayi anda.

• Kementerian Kesihatan menyarankan supaya memulakan makanan pejal semasa kira-kira enam bulan. Jika anda memilih untuk bercerai susu sebelum itu, pastikan sudu disterilkan sehingga bayi anda berusia enam bulan dan gunakan mesin pencuci pinggan atau air yang sangat panas untuk mencuci mangkuk dan lain alat makanan bayi. Gunakan kain pengelap yang bersih atau tuala kertas untuk mengeringkannya.

• Makanan bayi yang disediakan untuk kegunaan pada lain masa perlu disejukkan dengan cepat dan kemudian disimpan di dalam peti ais. Makanan yang tidak akan dihidang hari itu atau diberikan dalam masa 24 jam, perlu dibekukan.

• Jika memanaskan semula makanan bayi, pastikan keseluruhan hidangan betul-betul hangat (wap kelihatan) dan biarkan ia sejuk sebelum memberikannya kepada bayi anda. Ujilah hidangan itu dengan meletak secubit pada pergelangan tangan anda untuk memastikan suhunya sesuai untuk dimakan.

• Jangan perangat makanan bayi lebih daripada satu kali.

• Ketuhar gelombang mikro boleh digunakan untuk memanaskan makanan bayi tetapi cuba berhati-hati. Kacaulah makanan itu dengan baik supaya tiada kelompok-kelompok yang terlalu panas dan biarkan makanan sejuk ke suhu yang selamat sebelum memberikannya kepada bayi anda.

• Jika makanan tidak habis dimakan oleh bayi, buangkan saja sisa itu. Makanan yang telah terkena air liur (dari mulut bayi anda atau sudu makan) akan mengandungi bakteria yang cepat membiak jika makanan tidak dibuang.

• Periksa bilakah tarikh bagi "baik sebelum" dan "gunakan sebelum" pada makanan dalam tin/botol yang hendak diberikan kepada bayi anda. Jika anda mahu memberikan bayi makanan yang bukan disedia secara segar, atau jika anda mahu menyimpan makanan bayi yang berlebihan (yang tidak pernah dipanaskan semula atau bersentuhan dengan mulut bayi anda) anda boleh menyimpannya dalam peti ais selama 24 jam selepas dibuka. Buangkan semua makanan lama yang sudah dipanaskan sekali atau yang telah diusik, iaitu, diberikan kepada bayi dalam bekasnya.

• Cuci kerusi tinggi budak, alas dada serta ruang-ruang makanan bayi dengan air panas bersabun atau lapkan dengan pencuci antibakteria. Pastikan dapur anda bersih, terutamanya lantai, yang bayi suka pergi merangkak!

• Jika bayi anda makan makanan jejari atau makan menggunakan tangan, jangan lupa mencuci tangannya sebelum dia makan.

• Periksa suhu peti ais anda; ia mesti cukup dingin antara 0 darjah C dan 5 darjah C (32 - 41 darjah F). Belilah termometer peti ais jika itu tidak dibekalkan.

• Tukar tuala dapur dan kain pengelap dengan kerap.

• Masak telur sehingga kuning telur dan putih telur cukup keras, dan masaklah daging sehingga tiada kelihatan kesan darah di bahagian tengahnya.

• Jika makanan dibekukan, nyahbekukannya dengan sempurna sebelum dimasak, kecuali jika arahan di paket menyatakan sebaliknya.


Adakah anda mempunyai sebarang tip keselamatan makanan untuk disumbangkan? Catatkan buah fikiran anda dalam kotak komen di bawah. Atau gunakan kemudahan bertukar pendapat dengan ibu-ibu yang lain di seksyen Komuniti kami.

Sumber: http://www.babycenter.com.my 

Wednesday, 14 December 2011

Bayi beralih bulan? Mitos ke?

Tadi masa ambik Aqil from nanny, Makcik tu cakap Aqil berak-berak hari ni, beralih bulan kot. Aku pun nganga laa, menatang ape la beralih bulan ni? hahahaha.. tapi ye kan jer, balik2 rumah terus google.. jumpelah blog ni, Life is Beautiful, ada cerita pasal berlaih bulan.. ooo barulah paham.. hahaha adoi ingatkan ujung bulan, hahahah. Ujung bulan ada gaji, seronok jugak ek. hahaha.. so ni kisah berlaih bulan atau 'growth spurts'.. semoga dapat membantu..

BERALIH BULAN (GS)

Beralih bulan atau Growth Spurts (GS) akan terjadi kepada sesetengah bayi. Ada yang akan mengalami demam, batuk, hilang selera makan dan sebagainya. Ada yang terjadi mengikut masa tertentu ( cthnya 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 9 bulan). Walaupun dikatakan berlaku kepada bayi di bawah 1 tahun, namun kejadian beralih bulan ini masih berlaku kepada bayi yang lebih daripada 1 tahun. Malah tidak keterlaluan andai dikatakan masih berlaku pada mereka di peringkat remaja.

APA TANDA BERLAKUNYA GS?
  1. demam/batuk/selsema
  2. hilang selera makan/muntah
  3. Ada bayi yang jadi lebih aktif atau lebih bersikap 'fussy'
  4. Bayi lebih kerap merengek / manja (anak saya le tu...)
  5. ada bayi yang lebih minum susu.
    ramai ibu menyangkakan bayinya tidak cukup susu, namun ini hanyalah gejala, dan yakinlah susu ibu akan mencukupkan keperluan bayi itu.. (jangan pula diberi makanan tambahan bagi bayi di bawah 6 bulan).
  6. pertumbuhan pesat bayi
    ada bayi yang selepas GS berlalu, akan memperoleh 'skill' baru utk dirinya, spt, merangkak, duduk, berdiri atau berjalan. (pernah terjadi anak kesayanganku boleh buat 3 perkara selepas GS - menjulur, duduk & persediaan berdiri/berpaut...)
JANGKA MASA BERLAKUNYA GS

Berbeza bagi setiap bayi yang mengalaminya, ada hanya 2-3 hari,malah ada juga sehingga 2-3 minggu.

APA YANG BOLEH DIBUAT?
  1. Kaedah orang lama (ni kena tanya atuk/nenek/mak ayah sendiri)
  2. Awasi anak anda lebih dari biasa
    Jika anak anda demam, awasi spy demam tidak berlanjutan/terlalu tinggi suhunya.
    Ada baby lebih aktif, awasi spy aktivitinya tidak memudaratkan dirinya sendiri.
  3. Berikan apa jua makanan yang difikirkan perlu untuk anak anda, jika bayi inginkannya. Lebih baik beri makanan yang disukainya daripada bayi tidak makan langsung..
  4. Bagi bayi berusia kurang dari 6 bulan, jangan risau, tidak perlu menambah makanan tambahan/ susu formula, kerana anda perlu percaya susu anda mencukupi bagi bayi anda.
Inilah sedikit sebanyak info menganai beralih bulan atau 'Growth spurts' ini. Moga info ini berguna buat kita semua.


source: http://fiezaradzi.blogspot.com/2009/08/beralih-bulan-growth-snypurts.html

Gaya tidur bayi


Pengenalan

Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, ia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan. Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2-4 jam terus menerus di antara waktu makan.

Gaya Tidur
  • Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.
  • Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
  • Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
  • Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6-8 jam.
  • Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bunyian jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
  • Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.
Posisi Tidur

American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah "TIDUR TERLENTANG" dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.

Tempat Tidur

Cadangan tempat tidur bayi :
  • Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
  • Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada isian dan pengadang katil yang tidak selamat.
  • Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
  • Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
  • Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
  • Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
  • Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
  • Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-
  • Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.
  • Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
  • Orang dewasa selain dari ibubapa, anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
  • Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.
Membantu Bayi Tidur

Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.
  • Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
  • Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
  • Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialih ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
  • Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, dengan muzik ia boleh membentuk jadual tidur berkala.
Sumber: http://www.infosihat.gov.my

Tuesday, 13 December 2011

Waktu tidur bayi beri kesan kepada kesihatan..


Perkembangan diri seperti keresahan buatkan kanak-kanak terbangun 3 hingga 6 kali waktu malam AMAT penting bagi bayi mempunyai pola tidur normal yang baik kerana jika tidak mencukupi, ia akan membawa kepada kelemahan pencapaian ketara, emosi dan masalah tingkah laku serta mungkin juga menjejaskan bayi itu secara fizikal, emosi, pembangunan sosial dan kognitif.

Paling membimbangkan, bayi yang tidak cukup tidur dengan baik kesannya akan timbul ketika remaja ataupun pada peringkat dewasa seperti penyakit vaskular, kencing manis, gangguan neurokognitif dan pertumbuhan.

Bagaimanapun, bukti klinikal terbaru ditemui mungkin dapat membantu ibu bapa yang ada anak mengalami masalah tidur. Kajian klinikal itu mendapati, dengan rutin waktu tidur baru yang ringkas dan mudah serta tiada tekanan membolehkan bayi tidur sepanjang malam.

Kajian itu turut mendapati, rutin sokongan emperikal waktu tidur bagi bayi pada masa sama, memberikan manfaat kepada ibu bapa seperti mewujudkan hubungan lebih kukuh dengan bayi, kurang tertekan, tidak terlalu letih dan lebih bertenaga.

Pengarah Bersekutu Pusat Gabungan Tidur di Hospital Kanak-kanak Philadelphia, Dr Jodi Mindell, berkata umumnya, masalah tidur adalah salah satu rungutan biasa daripada ibu bapa. Beliau berkata, kajian nasional yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati, satu daripada empat bayi mengalami masalah tidur dan 76 peratus ibu bapa memberitahu, bahawa mereka ingin mengubah sebahagian tabiat tidur bayi mereka.

“Beberapa kajian mengenai masalah tidur di kalangan bayi dan anak kecil juga pernah dibuat di beberapa negara Asia. Di China misalnya, kajian terhadap 5,979 kanak-kanak yang berusia antara dua hingga 12 tahun mendapati 21 peratus daripadanya mengalami masalah tidur.

“Begitu juga di Jepun, kajian terhadap 344 bayi berusia tiga hingga enam bulan anak kecil berusia 18 hingga 21 tahun mendapati, 19 peratus bayi dan 65 peratus anak kecil mengalami insiden menangis waktu malam berkaitan tidur,” katanya pada taklimat media Kejayaan Tidur Untuk Bayi dan Anak Kecil anjuran Johnson & Johnson di Hotel Hilton Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pada taklimat itu, Dr Mindell turut membincangkan penemuan mengenai tiga langkah mudah rutin ‘Waktu Tidur Terkini’ bagi ibu bapa dan penjaga kesihatan profesional yang menunjukkan kemajuan penting dalam tidur bayi.

Beliau berkata, bayi tidak tidur nyenyak seperti orang dewasa. Tidur bayi ringan (tidur ayam) dan panjang serta mengambil masa untuk tidur kerana waktu malam mereka terjaga akibat beberapa masalah seperti menyusu, kepanasan dan pengambilan udara yang tidak terganggu untuk bernafas.

“Tidur malam bagi bayi baru lahir hingga usia tiga bulan ialah antara sembilan sehingga 12 jam sehari dan mereka boleh tidur lama sehingga empat jam, sehingga tempoh penyusuan berikutnya. Berbeza, pada peringkat usia tiga bulan hingga satu tahun, bayi tidur sebentar pada waktu siang iaitu antara dua hingga empat jam,” katanya.

Beliau berkata, ketika mencapai usia sembilan bulan, 70 hingga 80 peratus bayi ‘tidur sepanjang malam’. Bagaimanapun, kekerapan tidur sebentar sehari berubah dari tiga hingga empat jam ketika mencapai tiga bulan dan dua jam pada usia satu tahun.

Dr Mindell berkata, lazimnya pada peringkat usia tiga bulan hingga satu tahun pola tidur bayi akan mula terbentuk. Perkembangan pada diri bayi seperti sudah boleh duduk, berdiri dan berjalan serta perasaan bimbang berpisah ada kala membuatkan bayi bangun tiga hingga enam kali ketika tidur waktu malam.
Katanya, bagi bayi yang ada masalah tidur, ibu bapa perlu melakukan beberapa strategi bagi membolehkan mereka tidur seperti rutin waktu tidur dan mententeramkan bayi supaya si kecil boleh tidur semula.

Jumlah waktu tidur bagi anak kecil berusia satu hingga tiga tahun pula ialah antara 12 hingga 13 jam sehari. Ketika mencapai usia 18 bulan, bayi tidak lagi tidur sebentar untuk kali kedua dan didapati, rutin waktu tidur sangat penting.


Pada peringkat itu masalah tidur adalah normal yang mana 20 hingga 30 peratus anak kecil mengalami sebahagian masalah demikian.

“Bayi dan anak kecil juga biasa terjaga malam. Ini berlaku membabitkan kaitan tidur yang negatif atau tiada keupayaan menenangkan diri. Apabila berlaku keadaan seperti itu, campur tangan ibu bapa diperlukan untuk membantunya tidur,” katanya.

Beliau berkata, gangguan biasa atau masalah tidur pada bayi antaranya ialah sukar untuk tidur, tidak mahu tidur dan tidak sensitif pada waktu siang atau malam, zon tidur bayi serta tidak cukup tidur sehingga membuatkan mengantuk waktu siang dan mudah meragam.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, Dr Jodi berkata, pencegahan dan rawatan perlu dilakukan termasuk jadual tidur, rutin waktu tidur dan ada kala memerlukan penenang diri untuk tidur. Katanya, dalam kajian klinikal bagi menguji tiga langkah rutin waktu malam bagi bayi, mendedahkan bahawa bayi tidur lebih cepat iaitu secara purata mengambil satu pertiga kurang masa untuk tidur. Kadar berjaga bagi bayi pula adalah kurang sehingga 50 peratus selepas ditentukan tidur mereka. Bayi juga didapati tidur lebih lama dan hampir 20 peratus sambung tidur.

Tentukan waktu tidur dan masa rehat.
Masa tidur terbaik bayi adalah antara 7 petang dan 8.30 malam. Ibu boleh menetapkan waktu rehat bayi dengan cara sama. Rancang waktu khusus setiap hari.

Bentuk rutin waktu tidur.
Bayi terikat dengan cara konsisten. Dibuktikan secara klinikal waktu rutin bayi. Tiga langkah mudah untuk memperbaiki waktu tidur bayi: Langkah 1: Mandi air suam; Langkah 2: Urutan lembut; Langkah 3: Tidur dengan senyap.

Rutin waktu tidur ini diakhiri dengan aktiviti senyap seperti membaca, mendengar muzik lembut dan membelai. Ini adalah cara terbaik untuk membentuk bayi tidur sementara kedua-duanya boleh menikmati detik ikatan hubungan yang lebih erat.


Objek sementara - seperti selimut dan alat permainan untuk membantu bayi rehat serta menenangkan dirinya.

Menidurkan bayi ketika mula nampak mengantuk tetapi masih terjaga dan terawang-awang. Bayi masih belum nyenyak sepenuhnya. Tunggu sebentar sehingga pernafasan bayi dan sekata, ototnya rehat sepenuhnya. Genggaman tangannya terbuka, manakala kaki dan tangannya juga rehat serta ringan.

Bersabar apabila bayi menangis.

Kanak-kanak guna lebih banyak masa untuk lena
“ANAK pertama kami baru mencapai usia tiga bulan. Bayi kami comel dan sihat tetapi yang merunsingkan, dia sering meragam apabila tiba waktu tidur malam. Malah, boleh dikatakan hampir setiap malam bayi kami akan menangis sehinggakan waktu tidur saya dan suami sering terganggu."

“Kami juga berasa sedikit tertekan dan sering tertanya-tanya adakah keadaan ini akan terus kami lalui sementara menunggu bayi besar sedikit.”

Ini adalah antara luahan ibu bapa yang berdepan dengan masalah bayi yang sukar tidur atau tidak mahu tidur. Kesan gangguan tidur pada bayi ternyata bukan saja membawa masalah perkembangan dan psikologikal bayi pada masa akan datang tetapi turut meninggalkan kesan mendalam pada ibu dan juga keluarga.


Hakikatnya, ramai pakar kanak-kanak di Malaysia mendapati, ibu bapa Malaysia tidak begitu menyedari jika bayi mereka ada pola tidur normal yang sihat ataupun punca masalah tidur yang dihadapinya. Sehinggalah, masalah itu dikesan apabila anak memasuki taman asuhan dan tadika atau apabila kesihatan terancam.

Perunding Kanak-kanak dan Pakar Dada Kanak-kanak, Dr Norzila Mohd Zainudin berkata, keperluan untuk membentuk kesedaran ini amat perlu. Ini berikutan, tidur elemen kesihatan yang sangat penting dalam kehidupan seseorang.

Setiap bayi menggunakan lebih kurang 70 peratus daripada harinya dengan tidur manakala kanak-kanak dan remaja tidur di antara lapan hingga 10 jam sehari.

Beliau yang berkongsi pengetahuan mengenai ‘Masalah Tidur pada Bayi dan Anak Kecil di Malaysia’ berkata, tidur didefinisikan sebagai satu tempoh penangguhan semula jadi kesedaran di mana tenaga dalam badan dipulihkan.

Justeru, tidur adalah penting bagi fungsi pertumbuhan dan perkembangan badan, sistem imunisasi, ingatan pembelajaran, kesihatan sistem kardiovaskular, fungsi hormon dan metablisma tubuh.

“Berdasarkan pengalaman, terdapat beberapa ciri-ciri masalah gangguan biasa tidur pada kanak-kanak. Antaranya ialah berdengkur tetapi ramai yang ingat perkara itu adalah biasa tetapi sebenarnya, mengeluarkan dengkur yang amat kuat memerlukan ibu bapa membawa anak berjumpa doktor.

“Selain itu, anak kerap terjaga waktu malam dan tidak boleh untuk tidur semula. Anak yang tidak cukup tidur juga didapati, sering mengantuk dan tertidur ketika di sekolah. Pada masa yang sama dia juga tidak dapat memberikan tumpuan pada pembelajaran,” katanya.

Dr Norzila berkata, faktor penyebab masalah tidur pula antaranya termasuklah, masalah obesiti iaitu yang menjadi isu utama pada masa kini di samping, genetik tidak normal dan cara pernafasan tidak tidak betul seperti bernafas melalui mulut atau tidur dengan nafas terhenti-henti yang boleh mengganggu lena mereka.


“Ada kanak-kanak dan remaja yang suka berjaga malam kerana menonton televisyen dan sebagainya. Tidur sehingga lewat malam akan mengganggu ritma tidur dan boleh menyukarkan untuk bangun keesokan hari,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa perlu menerapkan budaya tidur betul sejak kecil supaya anak anda dapat manfaat ketika kecil dan untuk masa depannya. Jika sekiranya anak bermasalah untuk tidur adalah lebih baik mendapatkan nasihat pakar bagi mengatasi masalah berkenaan.


Sumber : Berita Harian

KL Banjir. 13.12.11. Jahanam keretaaaaaa.. Aduyai..








Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.
Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.
Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 10.30 pagi tadi turut memaklumkan bahawa amaran hujan lebat (peringkat merah) di Terengganu dan Pahang yang dikeluarkan pada 5.35 petang semalam diturun taraf kepada amaran hujan lebat (peringkat jingga).

Ia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang akan berterusan sehingga Selasa depan.

Angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai 3.5 meter di perairan Pulau Langkawi, Perlis, utara Kedah, Pahang, Johor timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan juga diramal berterusan hingga Selasa depan. Menurutnya, kawasan pantai di pantai timur Semenanjung kini terdedah kejadian kenaikan paras air laut.

Monday, 12 December 2011

Future (Tale Up Pop-Up Books For Children)


Kalau macam ni baca bed-time story, makin besar laaa mata anak masing2.. nak tido macam mana bila kuar hologram pulak masa bacakan cerita kat dorang. Kalau cerita pasal si Tanggang ni, nampak dia tukar jadi batu tu! haaa.. hahahaha

sumber: http://www.designlaunches.com/gadgets/tale-up-pop-up-books-for-children.php

Future (KLEXL Interactive Painting Concept)


hah mende baru untuk kanak2 riang, yang rajin nak jadi picasso, conteng2 dinding. Yelah, budak2 mana nak tau mana dinding, mana board untuk conteng.. so mende ni agak bes, macam projector, tembak ke dinding, pastu ada pen khas tu boleh laaa conteng. mcm conteng kat dinding, tp sebenarnya virtual jer.. bila off je KLEXL ni, hilang laaa semua tu, so secara tak langsung si parents akan dianggap ahli silap mata oleh anak2. huhuhu :-p


Tapi bila difikirkan, bukan takat budak2 je main mende ni, designer2 yg nak buat kerja, jimat kertas boleh pakai ni jugak! go green!~

Tanda awal tumbuh gigi (must read, if ada baby.. hehe)


Simptom-simptom yang berlaku adalah:-
  1. Gusi si manja terasa sakit atau bengkak
  2. Akan timbul kemerah-merahan di pipi si manja anda
  3. Tanpa anda sedari juga akan terdapat perubahan pada sistem pencernaan usus
  4. Ruam lampin akan sentiasa berlaku
  5. Si manja akan sentiasa terjaga dari tidur di waktu malam
  6. Terdapat ruam pada muka dan dagunya
  7. Sentiasa ingin menggigit alat permainan dan jarinya sendiri.
CARA MERAWAT SIMPTOM.
Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan bagi mengurangkan ketidakselesaan si manja anda:-
  • Buah-buahan
Berikan si manja anda dengan lobak merah, timun atau kepingan epal dalam bentuk jejari yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk utnuk dikunyah. Cara ini dibuat kerana eleman sejuk ini sebenarnya mampu untuk memberikan sedikit kelegaan kepada gusi si manja anda.
  • Gel
Ada juga sejenis jel-jel yang tertentu yang dapat membantu merangsang pertumbuhan gigi si manja.
  • Perhatian
Dakaplah si manja dengan belaian yang menyenangkan agar si manja anda melalui hari-harinya dengan rasa bersemangat sekali.
  • Penjagaan gigi bayi.
Masih tidak terlalu awal untuk memulakan penjagaan gigi. Sebaik sahaja gigi si manja mula tumbuh, gosok gigi si manja setiap hari dengan menggunakan ubat gigi berfluorida yang dirumus khas untuk kegunaan bayi anda sahaja.

Picit sedikit ubat gigi tersebut ke atas sehelai kain kasa dan gosok secara putaran dengan lembut. Sentiasa pastikan hanya sedikit sahaja ubat gigi yang digunakan bagi si manja anda tertelan dalam kuantiti yang banyak.

Apabila gigi si manja telah tumbuh dengan banyak, maka anda gunakanlah berus khas untuk bayi yang bertekstur lembut dan gosok dua kali sehari. Jika si manja anda mahu, biarkan sahaja dia mengunyah berus gigi tersebut supaya dia terbiasa dengan sesuatu yang bukan berbentuk makanan di dalam mulutnya!

Sediakan segelas air untuk si manja anda berkumur (jika dia mahu).


kisah si Aqil pulak..
Biasanya budak dah 6 bulan baru tumbuh gigi, sama laaa Aqil pun, baru je 3 bulan, tiada gigi lagi, tapi rajin betul menggigit guna gusi dia tu. Asal letak kat bahu je, dikokak laaa bahu bapak dia, basah je baju tang bahu tu.. Adoyai Aqil ni pun.. hehehe

Sunday, 11 December 2011

Future (CUE Communicator Device)


Keluarga moden ada mcm2 cabaran, sosial value banyak ghaib, banyak berubah, kenapa? salah satu sebab gadget and tv! Rumah semua ada tv, so time dinner semua makan sambil tgk tv. bukan laaa semua, tp mostly. Ibu bapa pun sibuk, maklumlah sekarang ada Facebook, so terbailah anak2.. Handphone mmg takkan lekang dari tagan masing, sibuk dgn BBM, Twitter, keluarga kami pun x terkecuali.. Ni lah punca2 yg buatkan struktur keluarga lemah, ikatan tak kukuh.Tapi, ada satu designer ni, Haemi Yoon ada idea baru, apply teknologi2 baru ni untuk merapatkan keluarga..


The CUE concept ni mencari persamaan antara ahli keluarga, then sediakan platform untuk sama2 menghargai dan berkongsi.Kire macam mak suka masak, die masuk lah resepi dalam gadget ni, so semua akan tgk resepi2, anak suka game, share lah dalam tu jugak, semua laaa boleh tgk and main game tu skali.. Then gadget ni sync antara satu sama lain. Cool jugak.

Tetapi pokoknya semua ni inisiatif ketua keluarga tu sendiri untuk membentuk dan guide keluarga masing2.. Kita mesti mahukan ikatan kekeluargaan yg kuat dan kukuh, dimana semua susah senang boleh tempuh sama2, insyaAllah..

nak explain panjang2, penat. lagipun Aqil tgh merengek2 tu nak bergurau dgn bapak die ni.. huhu..
more info: http://fgadgets.com/future-gadgets/cue-communicator-device-to-bring-family-members-closer-to-each-other

Future (Adoodle Creativity Enhancer)

Adoodle ni mainan interaktif, nak bagi kreativiti anak berkembang, untuk 3-7 tahun. Mende ni menggalakkan kanak2 untuk explore sekitar then berinteraksi dgn budak2 lain. Objek ni mende untuk conteng2, membolehkan mereka meluahkan perasaan semua guna lukisan. Adoodle Creativity Enhancer sediakan kanvas digital, 3D, lebih hebat laa daripada kertas A4 kan.. kiri, kanan, depan, belakang semua boleh conteng..


Adoodle Creativity Enhancer siap ada bluetooth, ape diorang conteng semua akan di save, so boleh laa nanti mak dengan bapak tgk betapa kreatif anak masing2 kan. Mana tau ada bakat jadi pelukis ke ape, awal2 lagi boleh detect. Charging pun wireless, 20 kaki. Freedom laa budak2 ni menconteng, daripada conteng dinding kan.. huhuhu


Dah ada kat Malaysia atau tak, tak pulak pasti. Harga janganlaaa tanye yer, tp in future, mainan2 mcm ni mmg akan jadi sgt popular.. Nanti if dah ada, ada rezeki, Daddy belikan untuk Aqil ok. So if Aqil conteng dinding gak mmg kene jentik laaa telinge. hehehehe

more info: http://fgadgets.com/future-gadgets/adoodle-creativity-enhancer-by-alejandra-castelao

Saturday, 10 December 2011

Future (car)


mcm ni rupe kete masa depan? adoi, pelik je.. confirm x pakai minyak dah ni, pakai bateri, xpun pakai kaki, kayuh mcm basikal. hehehe.. in future still nak bergolek ke tayar tu atas jalan? atau dah terbang? aku pun tatau, tapi hopefully nanti Aqil akan pakai kete2 jenis macam ni laa, kalau die pemurah boleh laaa bagi bapak die lenjan sesekali, alaaa time umur dah masuk 50+ apa salahnyer anak bagi pinjam kete ada airbrush api2 ni buat jalan2 pusing town kan kan kan. hahaha. Aqil, boleh tak daddy pinjam nanti??

info pasal kereta ni ada sini: http://psipunk.com/mytho-concept-car-by-victor-uribe-chacon/

Cara mempertahankan diri daripada pervert! Osem!




Penjagaan bayi yang betul. :-D













50 Langkah Bestari Suami Mithali

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalahpasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
 
Sumber: https://www.facebook.com/notes/layarminda/50-langkah-bestari-suami-mithali/161575700550236

Friday, 9 December 2011

a happy family!


My Family from WiddlyTinks.com

Langsuir?? Seram??


HI-TECH, Kedah – Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam.
Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.
Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh.
“Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah.
“Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan.
“Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang,” katanya.
Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir.
“Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu.
“Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan,” katanya.
Cubaan Sinar Harian pergi ke tempat kejadian untuk merakamkan imej lembaga itu bagaimanapun gagal.
Sinar

Sumber: http://www.harian-metro-online.com/gempar-langsuir-bertenggek

Penuh dah hantu kat Malaysia ni, mcm-mcm.. Tapi nak takut apa, kita tak kacau dia, takkan dia nak kacau kita kan. Bukan takut sgt pun, Aqil jerit lagi panik dan seram tau!~

dah besar nak jadi ape?

topik ni best, dah besar nanti, nak jadi ape? cube fikirkan, now anak baru masuk 3 bulan, lagi 17tahun, ape cita-cita diorang? huem.. jadi doktor? engineer? ahli muzik? of course untuk Aqil, if possible mmg nak die jadi doktor, baru cool. Tapi itu apa yg kami rancangkan, in future? manalah tau tibe-tibe Aqil nak jadi musician pulak.. huhuhu.. Kita merancang, Allah SWT yg menentukan, walau apa pun, harap-harap semoga Aqil jadi seorang yg berjaya, dan yg penting berguna, kepada negara, bangsa dan masyarakat. Rase-rasenya dah besar nanti ape laaaa budak montel ni nak jadi.. hehehe

Anak saya sedang menangis - kenapa? apa harus saya lakukan?

Aqil kes dia lain sikit, menangis sebab kene buli dgn Mommy and Daddy!

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang diperlukan bayi - adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau mahu dipeluk? Di hari-hari awal, apabila anda belum lagi tahu bagainama untuk menentukan keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisan bayi anda yang berlainan dan, setelah anda lebih mengenalinya, akan dapat mendahului keperluannya.

Semasa membesar, bayi juga akan mempelajari lain-lain cara untuk berkomunikasi dengan kita. Mereka menjadi lebih cekap menyatakan sesuatu dengan menggunakan mata, membuat bunyi-bunyian, dan juga dengan senyuman, semuanya mengurangkan keperluan untuk menangis. Sebab-sebab biasa bayi menangis disenaraikan di bawah. Jika anda mempunyai bayi yang susah untuk ditenangkan, cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan terasa senang hati sebab anda telahpun cuba memenuhi keperluan dia seberapa banyak yang boleh.

1. Saya perlukan makanan
Kelaparan adalah sebab utama bayi baru menangis. Lebih muda bayi itu, lebih kemungkinan dia menangis sebab dia lapar. Pengecualian kepada ini ialah pada masa sehari dua selepas kelahiran, apabila bayi makan amat sedikit. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, sebab susu terawal kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit dan anda juga sedar bahawa susu "mula datang" sekitar hari ketiga. Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak, jadi, jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu, sebab besar kemungkinannya dia lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tetapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi. Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.

2. Saya perlukan keselesaan
Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor mengganggu mereka. Setengah bayi tidak membantah jika lampin mereka penuh - ia cuma terasa panas dan selesa bagi mereka - manakala yang lain akan menjerit dan minta ditukarkan dengan serta merta, terutama sekali jika kulit mereka terasa jengkel. Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluan dia, jadi memang elok mencuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain bersabit pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa.

3. Saya perlu nyaman dan selesa - tidak terlalu panas atau sejuk
Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan - mereka tidak biasa merasakan udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula. Namun begitu, berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingatkan yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk selesa.

Jika dia berada di kot atau raga pembawanya, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai kain penutup bukan duvet untuk membolehkan anda menambah atau membuangkan satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan merasa perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya, sebab adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk. Memang mudah untuk membeli termometer di Malaysia (kebanyakan farmasi menjualnya) dan anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi anda jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 darjah C / 75.2 darjah F, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung kot supaya dia tak boleh turun bergeliang geliut sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas.

4. Saya perlu dipeluk
Setengah bayi sangat perlu dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih tua akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi, bayi baru lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk. Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika dia didukung berlebihan, tetapi semasa bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini tidak mungkin. Separuh bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membenarkan bayi anda rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk menjalankan kerja lain; ini mungkin penyelesaian yang akan membuat anda berdua bahagia.

5. Saya perlukan rehat
Memang senang untuk menyangkakan yang bayi akan tertidur apabila mereka terasa nak tidur, di manapun mereka berada, sebab kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang. Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa - cahaya lampu, bunyi bising, di hulurkan dari seorang saudara tersayang kepada yang lain - hingga boleh menjadi gelisah. Ramai ibubapa mendapati bayi menangis lebih dari biasa apabila suadara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika tidak ternampak sebab spesifik bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus dapat tidur.

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sejahtera
Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka, ibubapa buat pertama kali, sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi menangis sebab dia sebenarnya seorang yang bersifat sedih (separuh bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena. Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa - ianya mungkin berbunyi cemas atau nyaring. Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula berdiam ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasakan mungkin ada masalah tertentu, hubungilah ahli pediatrik atau doktor keluarga anda. Ahli kesihatan profesional lazimnya akan mempertimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda mestilah memanggil doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila dia menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:
  • muntah-muntah
  • diarea
  • konstipasi
Lihat artikel kami tentang bila harus memanggil doktor untuk panduan lanjut.

7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu
Kadangkala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa bilamana dia meragam dan tidak senang untuk dipujuk. Ketidak gembiraan boleh berbeza antara tangisan yang berlanjutan beberapa minit dan tidak boleh dipujuk kepada tangisan beberapa jam pada satu-satu masa, tangisan yang tak berhenti-henti yang kadangkala dikenali sebagai kembung kolik. Kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlalu selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang dari tiga hari dalam seminggu. Ramai ibubapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga. Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, itu mungkin membantu.


Anak saya sedang menangis - apa harus saya lakukan?

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi yang menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai baginya dan bagi anda.

Selimutkan dia dan peluk dengan rapi
Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibubapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Bayi lain mendapati bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.

Dapatkan ritma yang teratur
Dalam rahim, bayi anda boleh kedengaran denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, lain bunyi yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibubapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh kain yang teratur atau bunyi bercorak 'hingar putih' yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang akan menidurkan dia dalam sedikit masa. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain - bila-bila masapun, letakkan dia atas lantai berdekatan dengan mesin itu.)

Buai-buaikan bayi
Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan, dan anda akan mendapati bahawa bayi anda akan bertenang akibatnya, samada anda berjalan-jalan sambil menghayunkan dia atau duduk dengannya atas kerusi goyang. Buaian khas bayi boleh menenangkan setengah bayi, tetapi bayi lain lebih selesa dengan keadaan yang lebih pantas dan akan tidur sebaik saja mereka dibawa berjalan dalam kereta.

Cubakan urutan
Memberi bayi anda urutan atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkan dia. Jika dia ternampak seakan-akan kesakitan disebabkan angin, cuba menyusukan dia dalam posisi tegak dan menepuk dia selepas penyusuan dengan menyandarkan dia di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadangkala terasa reda jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas.

Biarkan dia menghisap sesuatu
Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan ketenangan yang banyak. "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang.

Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap diri anda
Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka masa panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak stres dan kebimbangan bagi ibubapanya. Jika bayi anda kelihatan tidak gembira berada di sini dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan dia atau menenangkan dia, ini akan menyebabkan anda merasa tidak disayangi selain kecewa. Ibubapa sering menyalahkan diri sendiri, merasakan yang ketidakcekapan mereka sebagai ibibapalah yang menyebabkan tangisan itu, tetapi ini bukan hakikatnya. Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi, dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segalanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak terasa tertewas. Di sini diberikan beberapa cadangan:

• Tarik nafas panjang.

• Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda.


• Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakslah sendiri untuk 10 minit.


• Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap.


• Berbincanglah dengan doktor dan kumpulan sokongan dan kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi pengalaman dan berbincang dengan lain-lain ibu dan bapa cara menangani tangisan itu.


• Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan.


• Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.


Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan menunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Dengan perlahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti.



Sumber: http://www.babycenter.com.my/malay/baby/daily-care/sebab-bayi-menangis/